5 Perkara Yang Anda Boleh Jangkakan Jika Bercuti Selepas Pandemik Covid 19?



Statistik yang dikeluarkan Kementerian Pelancongan Malaysia baru-baru ini menunjukkan bahawa, sebanyak 71 peratus rakyat Malaysia memilih untuk melancong dalam negara selepas wabak COVID-19 semakin pulih. Manakala 94 peratus rakyat Malaysia pula memilih destinasi pelancongan domestik yang memfokuskan kebersihan dan keselamatan terutamanya buat diri, keluarga serta anak-anak. Ini secara tidak langsung memberi gambaran positif bagi pihak Kementerian Pelancongan  untuk terus memperjuangkan industri pelancongan di negara ini selepas pandemik ini beransur pulih..

Ini antara 5 perkara anda boleh jangkakan jika bercuti selepas pandemik covid 19.

1. Ramai memilih untuk melancong di dalam negara

Percutian dalam negara pastinya menjadi pilihan terbaik selepas ini kerana tidak perlu menaiki kapal terbang dan terdedah kepada orang ramai di lapangan terbang.

Dengan membuat pilihan untuk bercuti di dalam negara, orang ramai boleh memilih untuk menaiki kenderaan sendiri atau menyewa kenderaan lain untuk mengenalpasti kontak rapat sepanjang perjalanan.

Bukan sahaja dapat mempraktikkan pengasingan diri dan penjarakan sosial, pilihan ini juga lebih murah dan secara tidak langsung dapat merangsang dan membangunkan semula ekonomi pelancongan dalam negara.

2. Kebersihan adalah keutamaan

Kalau sebelum ini, pengunjung pastinya mengharapkan bilik hotel atau rumah sewa yang bersih ketika mereka sampai di tempat penginapan mereka dan kemungkinan akan mengeluh jika tidak menepati ‘standard’ mereka.

Kini, pengunjung hotel pastinya akan meletakkan harapan atau ‘standard’ lebih tinggi dari sebelumnya.

Sebagai pengunjung, kita akan lebih obses dengan aspek kebersihan. Jadi, premis hotel selepas ini akan dilengkapi dengan cecair pembasmi kuman di setiap check-point seperti di ruang lif, kawasan lobi dan setiap tingkat bangunan hotel.

Normal baharu di hotel selepas ini akan mengamalkan kaedah daftar masuk tanpa sentuhan (mungkin melalui aplikasi telefon pintar), perkhidmatan bilik tanpa hubungan, dan penutup pintu yang menunjukkan bilik belum dimasuki sejak pembersihan terakhir.

3. Lebih memilih untuk ke homestay dan sewa bilik ‘Airbnb’

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Airbnb, Brian Chesky perkhidmatan menerusi Airbnb selepas ini akan mengamalkan satu panduan pembersihan baharu yang lebih ketat buat pemilik bilik, rumah atau homestay.

“Ia termasuk kepada tempoh menunggu minimum 24 jam di antara tempahan sebelum dengan tempahan yang bakal dibuat.

“Ciri-ciri penyenaraian bilik yang baru akan menunjukkan bahawa tidak ada tetamu yang menyewa bilik sewaan 72 jam sebelum ketibaan tetamu,” katanya.

4. Orang ramai mula menghargai keindahan semulajadi

Bersiap sedialah pencinta alam semulajadi sekalian, selepas ini para pelancong pastinya akan menyerbu ke tempat seperti taman-taman negara, hutan simpan, gunung, pantai, dan tempat-tempat lain dimana orang ramai tidak ditemui.

5. Destinasi pelancongan kesihatan jadi tumpuan

Kesihatan menjadi keutamaan orang ramai. Jadi, setelah orang ramai mula muak untuk berada di dalam rumah, kemungkinan industri pelancongan kesihatan (wellness tourism) akan menunjukkan permintaan tinggi selepas ini. 



Secara umum, kesemua yang disenaraikan ini hanyalah bayangan yang diramalkan oleh penggiat industri pelancongan yang menjangkakan bahawa kesemua normal baharu ini adalah perkara yang perlu diterapkan dalam diri setiap orang lebih-lebih lagi mereka yang gemar untuk melancong.




Perlukan perkhidmatan sewa kereta, van dan bas persiaran yang patuh SOP?
Whatsapp : 017-6764643 ( Haji Jarit)

>>>>>>       Jom lihat voucher travel disini     


Ulasan